Monday, June 17, 2013

Peserta 'Flashmob' Diberkas: Ini Satu Kegilaan!

Kenyataan Media
17 Jun 2013

Peserta 'Flashmob' Diberkas: Ini Satu Kegilaan!

Diberkas oleh tiga orang anggota polis, digari dan berada dalam tahanan polis selama hampir lapan jam di Balai Dang Wangi tidak mungkin akan mematahkan semangat 15 peserta 'flashmob' yang diberkas pada hari Sabtu minggu lalu. Ia sama sekali tidak mungkin berjaya menakut-nakutkan anak muda untuk terus beraksi dalam banyak lagi siri 'flashmob' selepas ini menjelang himpunan 22 Jun 2013.

Kejadian pada 15 Jun lalu di depan pusat beli-belah Sogo menyaksikan hampir 50 anggota polis telah bertindak di luar dugaan apabila menangkap orang ramai yang tidak bersalah. Apakah pihak polis tersilap maklumat bahawa sebenarnya tiada himpunan dianjurkan pada hari tersebut? Jumlah anggota polis yang menghalang 'flashmob' ini jika ditugaskan menjaga keselamatan awam di seluruh pelusuk bandaraya K.Lumpur, pasti banyak kes jenayah sebenar dapat dikekang.

Jika ada perhimpunan sekalipun, ia bukan berlangsung di depan Sogo tetapi di Padang Merbuk Jalan Parlimen pada 22 Jun nanti. Di depan Sogo tempohari hanyalah sebuah aksi spontan yang dipanggil 'flashmob'. Polis jelas tidak memahami konsep 'flashmob' apabila cuba menggunakan Seksyen 9(1) yang menetapkan notis sepuluh hari untuk sebarang himpunan. Jika beri notis 10 hari, itu bukan 'flashmob'. Malah dalam akta yang sama, polis tiada peruntukkan untuk membuat tangkapan.

Jika diarahkan bersurai sekalipun, peserta 'flashmob' bertekad tidak akan meninggalkan kawasan tersebut kerana sangat jelas mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak mengganggu orang awam, tidak mengganggu lalu lintas malah keadaan Jalan Tunku Abdul Rahman sememangnya sesak setiap hari Sabtu. 

'Flashmob' Sabtu lalu juga bertujuan mengolah persetujuan orang ramai bahawa pilihanraya 5 Mei dijalankan dengan penuh kecurangan. Ketika demokrasi digelapkan pada PRU-13 dan kemenangan rakyat dicuri, rakyat yang tidak bersetuju dan bersuara melalui aksi memegang 'kad manila' telah ditangkap - Inilah Malaysia.

Sikap panik kerajaan hingga menangkap peserta 'flashmob' dengan isyarat ugutan sebenarnya telah berjaya membangkit lebih banyak aksi 'flashmob' di seluruh negara. Sehari selepas tangkapan 'flashmob15', beberapa flashmob dilancarkan termasuk salah satunya di depan Queensbay Mall, P.Pinang. Hari ini juga satu 'flashmob' anak muda di Ipoh, esok di beberapa lokasi lagi termasuk di pekan Sg Besar, Selangor. 

Rabu ini, fasa kedua 'flashmob' seperti yang dijadualkan di Jalan Tun Perak akan tetap diteruskan bermula jam 5 petang, juga akan berlangsung di Bandar Melaka. Khamis pula di Flashmob K.Terengganu, Kemaman, Port Dickson dan pekan Pontian, semua bermula jam 5 petang. Lebih banyak lokasi 'flashmob' pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari besar #KL622 - Hari Rakyat Lawan Penipuan SPR. Makluman penuh akan dikeluarkan berbentuk jadual dalam sedikit masa.

Anak muda resamnya, lebih kuat ditekan, lebih kuat bangkit melawan. Akhirnya dunia ini milik anak muda. Ayuh 'flashmob' seluruh negara, angkat manila kad anda yang kreatif, lakonkan aksi spontan. Menangkap peserta 'Flashmob' adalah satu kegilaan! 'flashmob' bukan jenayah! 


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Friday, June 14, 2013

SPR CABAR KUASA RAKYAT, MAKA RAKYAT TURUN BERAKSI 22 JUN HINGGA SPR LETAK JAWATAN

Kenyataan Media
Suara Rakyat 505
14 Jun 2013

SPR CABAR KUASA RAKYAT, MAKA RAKYAT TURUN BERAKSI 22 JUN HINGGA SPR LETAK JAWATAN

Minggu lepas, Suara Rakyat 505 telahpun menyeru kepada SPR supaya letak jawatan dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Gabungan ini berpandangan bahawa jawatankuasa khas bagi memantau Suruhananjaya Pilihan Raya tidak akan membawa apa-apa perubahan signifikan dan kata-kata kami terbukti apabila Pengerusi SPR berkata bahawa dia tidak mungkin akan meletakkan jawatan.

SPR telah mencabar kuasa rakyat, maka seperti dijanjikan Gabungan lebih 50 NGO 'Suara Rakyat 505' menggembeling segala kekuatan untuk membawa rakyat beraksi pada 22 Jun 2013 di Padang Merbuk, menuntut demokrasi yang digelapkan dan mengembalikan kemenangan rakyat yang dirampas. RAKYAT TURUN BERAKSI 22 JUN HINGGA SPR LETAK JAWATAN.

Bagi memastikan mobilisasi terbesar dan sebagai aksi akhir membangkitkan kesedaran rakyat tentang penipuan PRU13, Gabungan 'Suara Rakyat 505' akan mengkoordinasi sebuah Jelajah untuk mengira detik (countdown) menuju 22 Jun.

Tirai Roadshow akan dimulakan dengan sebuah aksi flashmob pada 15 Jun dan kemuncak jelajah, satu aksi 'kira detik akhir' (final countdown) bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KLSCAH pada 21 Jun. Pada malam kemuncak tersebut juga, hadirin akan diberi pedoman akhir bagi menghadapi hari besar 22 Jun 2013, hari rakyat menolak penipuan PRU!

Dilampirkan juga di sini, Jadual Jelajah #SuaraRakyat505 Countdown Menuju KL22JUN.

Dalam masa yang sama, Kami juga akan mengembangkan inisiatif sukarelawan Gabungan Suara Rakyat 505. Pasukan sukarelawan ini akan dimoblisasikan pada masa yang tepat khususnya ketika masa untuk beraksi samada di himpunan atau protes.

Akhir sekali, Kami menegaskan bahawa hak untuk berhimpun secara aman adalah hak rakyat yang diperuntukkan oleh perlembagaan, khususnya bagi menyuarakan kepincangan yang berlaku dalam Negara. Hak ini tidak wajar dicabuli dan tidak boleh dihalang oleh pihak berkuasa termasuklah DBKL. Justeru, kami tetap akan teruskan perhimpunan di Padang Merbok walaupun mendapat halangan DBKL.

Sekian

GABUNGAN # SUARA RAKYAT 505

1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
3. Tindak Malaysia
4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
5. Parti Sosialis Malaysia (PSM)
6. Parti Rakyat Malaysia (PRM)
7. Gabungan Menuntut Royalti ®
8. Asalkan Bukan Umno (ABU)
9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)
10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH)
12. Kill The Bill
13. Malaysian For Beng Hock
14. Mama Bersih
15. Kelab Bangsar Utama
16. Radio Bangsar Utama (RABU)
17. Mahasiswa Keadilan Malaysia
18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI)
19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA)
20. Indipendent Student Front (INSTEF)
21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY)
22.Gabungan NGO Pengerang
23. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB)
24.Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI)

25. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI)

26. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat)

27. Angkatan Rakyat Muda (ARM)

28. Anak Bangsa Malaysia (SABM)

29. Unit Ehsan Malaysia
30. Anwar Ibrahim Club (AIC)
31. Agent of Change (AoC)
32. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM)
33. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U)
34. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT)
35. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis)

36. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI)

37. Gabungan NGO Kelantan
38. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR)

39. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT)

40. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI)
41. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu)
42. Selamatkan Teluk Rubiah
43.  Selamatkan Pantai Port Dickson
44. Selamatkan Pasar Payang
45.  Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU)
46.  Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN)‪
47. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS)‪
48. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA)‪
49. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA)
50. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI)
51. Comuniti Front (CF) Seremban



JELAJAH #SuaraRakyat505 COUNTDOWN MENUJU #KL22JUN

 

JUN 15 | KUALA LUMPUR | JALAN TAR / SOGO | AKSI 'FLASH MOB' FASA 1 | 2pm

SAMM | ABU | SMM | JERIT | KILL THE BILL | RADIO BANGSAR | UBU |

 

JUN 17 | PERAK | IPOH | PIDATO PERDANA | PADANG AWAM, HALAMAN MERU PERMAI, MERU RAYA

CHE'GUBARD | ISHAM RAIS | ADAM ADLI | SAFWAN ANANG | SITI AISYAH

 

JUN 18 | SELANGOR | SG BESAR | PIDATO PERDANA | DATARAN TONGGAK 10

TIAN CHUA | CHE'GUBARD | AZIZ BARI | ISHAM RAIS | ARUL PSM | ADAM ADLI | SAFWAN ANANG | KHAIRUL ANWAR

 

JUN 19 | KUALA LUMPUR | JALAN TUN PERAK / PUDURAYA | AKSI 'FLASH MOB' FASA 2 | 6pm

SAMM | ABU | SMM | JERIT | KILL THE BILL | RADIO BANGSAR | UBU |

 

JUN 20 | PAHANG | TEMERLOH | PIDATO PERDANA | TAMAN MUHIBBAH (DEPAN PPD TEMERLOH)

CHE'GUBARD | TIAN CHUA | ISHAM RAIS | ADAM ADLI | SAFWAN ANANG |

 

JUN 21 | KUALA LUMPUR | DEWAN KLSCAH | MALAM KEMUNCAK KIRA DETIK | TAKLIMAT AKHIR

MAT SABU | TIAN CHUA | CHE'GUBARD | ISHAM RAIS | ARUL PSM | ADAM ADLI | SAFWAN ANANG |

Wednesday, June 12, 2013

BN Tidak Perlu Dua Pertiga Untuk Menang Besar PRU14 [Wajib Baca]

Tulisan Terbuka

12 Jun 2013

BN Tidak Perlu Dua Pertiga Untuk Menang Besar PRU14

Masih teringat kelazatan minuman B10 di kafe strawberry minggu lalu dan masih juga terngiang-ngiang gelak bahak Abg Mat ketika itu menjamah beberapa cucuk satay dan cendawan goreng. Beliau tidak dapat sembunyikan perasaan lucu apabila mendedahkan bahawa beliau sedang menyiapkan satu post mortem mengengai pilihanraya

Saya bertanya, apakah sudah terlalu lewat untuk kaji selidik dan bedah siasat bagi PRU-13? Lalu Abang Mat menjawab, post mortem yang akan dibentangkan itu bukanlah untuk PRU-13 tetapi untuk PRU-14, bedah siasat yang menunjukkan bagaimana gerakan hebat reformasi 1998 yang digemakan semula pada tsunami 2008 akan berkubur pada 2018 di medan PRU-14. Seraya itu Abg Mat menyambung gelak bahaknya hah hah hah!

Memang seram bila memikirkan perihal yang disebut oleh Abg Mat, tetapi lebih seram bila ada pihak yang minta supaya rakyat jangan gopoh dan terus bersabar. Mujurlah pihak yang redho menerima kekalahan PRU-13 seadanya sangat minima. Selebihnya majoriti besar rakyat mahukan sesuatu dilakukan dengan berani. Rakyat berani turun jalanraya pada 22 Jun nanti manakala Ahli Parlimen yang berani pula bersatu memulaukan majlis angkat sumpah pada 24 Jun 2013 dan bersama dengan rakyat di luar pintu parlimen pada hari tersebut.

Keberanian dari pihak rakyat dan pihak pemimpin khususnya ahli parlimen harus ditonjolkan secara maksima. Semua pihak wajib bangkit dan lawan penipuan yang sudah berlaku pada PRU-13 dan terus berlaku bagi mengekalkan kerajaan legasi penjajah. SPR harus segera letak jawatan dan jangan sesekali mimpikan aksi persempadanan semula.

Hari ini terbaca dari dinding muka buku seorang sahabat yang melahirkan kekhuatiran akan berlaku satu gabungan baru kerajaan perpaduang di antara Umno dan PAS, dengan helah supaya BN mempunyai majoriti dua per tiga. Namun saya menyanggah dengan beberapa fakta di atas pengetahuan serba sedikit yang diiktiraf di meja kafe strawberry. Saya bukan menyanggah hasrat PAS yang nak bergabung dengan Umno kerana bagi saya ia tidak logik selagi TG Nik Aziz hidup, tetapi saya menyanggah perkara lain.

Persempadanan semula boleh berlaku walaupun tanpa majoriti dua per tiga parlimen, yang juga bermakna ia boleh berlaku tanpa gabungan Umno dan PAS. Hanya persempadanan semula yang melibatkan pertambahan kerusi parlimen sahaja yang memerlukan persetujuan 148 ahli parlimen yang mana BN hanya ada 133 sahaja, tidak cukup. Tetapi untuk Barisan Nasional menang bergaya pada PRU-14 dengan memperolehi semula majoriti dua per tiga tidak memerlukan sokongan dua per tiga parlimen hari ini. 

Persempadanan semula tanpa pertambahan kerusi parlimen yang mana diperuntukkan boleh berlaku selepas cukup 11 tahun dari persempadanan semula yang lalu, iaitu tahun 2003. Ini bermakna persempadanan semula yang seterusnya ialah pada tahun 2014. Sekarang bab paling penting - Bagaimana Barisan Nasional menang PRU-14 dengan persempadanan semua yang dibenarkan ini?

Mudah! Hanya gunakan SPR. Sempadan boleh dialihkan mengikut telunjuk bagi memastikan BN menang. Contohnya di Shah Alam, Khalid Samad menang besar di kawasan sempadan Klang maka dialihkan sempadan supaya majoriti Charles Santiago menjadi 35 ribu pada PRU14 berbanding 24 ribu pada PRU13. Kesannya, Khalid Samad akan tumbang pada PRU-14 dengan 5 ribu undi majoriti. Ini natijah persempadanan semula.

Contoh kedua ialah Parlimen Lembah Pantai. Nurul Izzah punyai majoriti hampir 2 ribu, menang banyak di kawasan Sentosa dan Brickfield. Persempadanan semula tahun 2014 menyaksikan Sentosa dan Brickfield masuk ke Parlimen Seputeh. Maka akhirnya kita ucap tahniah kepada Teresa Kok kerana mempunyai majoriti terbesar iaitu 65 ribu majoriti manakala Nurul Izzah di Lembah Pantai akan tewas dengan majoriti hampir 10 ribu.

Situasi seperti ini boleh berlaku di lebih 30 kerusi Parlimen. Akhirnya Barisan Nasional akan perolehi semula majoriti dua pertiga di atas usaha keras transformer si Najib Razak, iaitu SPR. Persempadanan semula ini juga bakal menyaksikan BN hanya perlu 30% undi popular untuk terus memerintah negara ini.

Maka selamat tinggal Reformasi 1999 dan selamat tinggal juga Tsunami 2008 sekiranya kita hari ini di tahun 2013 yang mengalami #Black505 tidak bangkit memastikan SPR dihumban dan demokrasi kembali ditegakkan. Kalau terus sabar ketika ibu pertiwi dirogol, maka teruslah menjadi bangsa yang dayus.

Akhir sekali saya simpulkan, inilah antara faktor mengapa SAMM dan penggerak massa yang lain bertekad untuk lawan penipuan PRU13 habis-habisan, bukan soal PRU14 tetapi PRU13. Kami juga menuntut Ahli Parlimen yang dipilih oleh 51% rakyat supaya menjalankan peranan pelindung rakyat dengan berani dengan tidak mengangkat sumpah pada tarikh 24 Jun 2013, hari lain angkatlah.

Ohh lupa nak maklumkan pasal minuman B10 tadi, ia satu minuman yang cukup eksotik - Minuman shake buah markisa. Boleh pesan di kafe strawberry dengan menulis nombor B10 di ruangan minuman. Terima kasih kepada Abang Mat kerana belanja kami minum dan makan satay, terima kasih juga di atas ilham yang dikongsi.

Tipu pilihanraya, rakyat turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.


EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

FAQ BOIKOT UPACARA ANGKAT SUMPAH PARLIMEN [WAJIB BACA]

FAQ BOIKOT UPACARA ANGKAT SUMPAH PARLIMEN


1. Apakah tuntutan Suara Rakyat 505  kepada ahli-ahli Parlimen?

  Suara Rakyat 505 menuntut ahli-ahli parlimen Pakatan untuk boikot/tidak menghadiri upacara angkat sumpah di Parlimen pada 24th Jun 2013

 

2. Kenapa?

Pertama sekali, ia selari dengan kenyataan PR. Pakatan Rakyat telah menyebut sebelum ini tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang lalu kerana berlaku banyak penipuan. Dalam masa yang sama, lebih dari 35 kerusi yang telah dipetisyenkan . BERSIH juga  tidak mengiktiraf Barisan Nasional sebagai kerajaan

 

Kedua, untuk menarik perhatian media antarabangsa terhadap Malaysia. Ucapara angkat sumpah selalu diberi perhatian meluas oleh media antarabangsa. Kita memerlukan liputan media ini untuk melawan arus media yang bias dan mengingatkan rakyat tentang penipuan pilihanraya.


Juga boleh baca kenyataan ini: PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

 

3. Adakah MP yang memboikot upacara angkat sumpah akan hilang jawatan mereka sebagai wakil rakyat?

Tidak. Sememangnya tidak. Artikel 59 Klausa 2 , Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa , ahli-ahli parlimen mempunyai masa sehingga 6 bulan untuk mengangkat sumpah sebelum kerusinya diisyhtiharkan kosong.

 

Parlimen "Standing Order" juga menuntut Speaker untuk membantu MP mengangkat sumpah secepat mungkin jika mereka tidak menghadiri sesi pertama. Asasnya, jika mereka tidak hadir pada hari tersebut, hari seterusnya mereka masih boleh dibantu Speaker untuk mengangkat sumpah

 

Pada 11 June 2013, Naib Presiden PKR Surendran pernah menjelaskan perkara ini:

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pkr-pandikars-threat-unlawful-exposes-blatant-bias/

 

4. Apakah yang akan terjadi kepada MP PR yang menyertai boikot? 

Mereka akan terlepas dalam memilih Speaker Dewan.Untuk melantik Speaker Dewan hanya memerlukan majoriti mudah dan ini bermakna walau kesemua MP PR hadir sekalipun, BN yang mempunyai majoriti mudah boleh saja terus melantik sesiapa yang mereka mahu.

 

5. Tidakkah BN akan mencuba meluluskan apa-apa sahaja undang-undang dengan ketiadaan MP PR? 

Ada sesetengah undang-undang yang hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan, dan ada yang memerlukan majoriti ⅔  untuk diluluskan.

 

Untuk undang-undang dengan majoriti mudah,MP BN boleh meluluskannya tanpa kehadiran MP Pakatan. Untuk undang-undang dengan majoriti ⅔ , BN tidak boleh meluluskannya dengan ketiadaan MP Pakatan Rakyat.

 

Dalam mana-mana situasi, undang-undang baru memerlukan masa berminggu-minggu untuk dibawa ke Parlimen dan didebatkan,dirangka-semula, didebatkan lagi kemudian barulah ia diluluskan.Maka , mustahil bagi Parlimen untuk meluluskan undang-undang dalam masa 24jam. Jadi perkara ini tidak harus dirisaukan.

 

6. Pernahkah ia dibuat sebelum ini?

Ya,perkara ini adalah tindakan wajar yang biasa dilakukan dimana keputusan pilihanraya tidak diterima sebagai sah.

 

Sebagai contoh, pada tahun 2008, MP Mongolia memboikotsesi pertama Parlimen kerana mereka menganggap pilihanraya dipenuhi banyak penipuan. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7521975.stm

Pada tahun 2011, ahli-ahli pembangkang Turkey juga boikot upacara angkat sumpah di Parlimen untuk menunjukkan protes terhadap beberapa MP yang dipenjara oleh Erdogan, yang kini berdepan dengan protes besar-besaran.

http://www.euronews.com/2011/06/28/turkish-mps-boycott-swearing-in-of-parliament/

 

Ada banyak lagi contoh seperti dibawah :

Sudan:http://www.sudantribune.com/spip.php?article46251http://www.sudantribune.com/spip.php?article46251

Ghana: http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-20929592

Fiji: http://www.radioaustralia.net.au/international/2006-05-23/fiji-labour-party-boycotts-cabinet-swearing-in/743768

India: http://zeenews.india.com/news/west-bengal/13-parliamentary-secretaries-sworn-in-amid-opposition-boycott_824873.html

 

7.Dan dalam negara-negara ini, MP tidak kehilangan kerusi mereka? 

 Tidak. Sememangnya tidak.Inilah demokrasi. MP berhak untuk memboikot angkat sumpah kerana ini kebebasan meluahkan pendirian mereka.Ia sama seperti rakyat biasa yang memboikot sebarang acara/surat khabar kerana tidak berpuas hati dengannya. Mereka tidak kehilangan kerusi, malah mendapat liputan media secara meluas dlm masa yang sama menidakkan tuntutan kerajaan.

 

 

FAQ ON PARLIAMENT  SWEARING IN CEREMONY BOYCOTT

1. What is Suara Rakyat 505 asking Pakatan MPs to do?

Suara Rakyat 505 is asking Pakatan MPs to boycott/ not attend the swearing in ceremony of Parliament on 24th June 2013.

 

2. Why?

Firstly, it is consistent with PR's statements. Pakatan Rakyat has stated it does not recognise election results due to massive fraud. At the same time, more than 35 seats are being disputed in election petitions. BERSIH has also not recognised Barisan Nasional as the government.

 

Secondly, it is so that the international media can focus on Malaysia. The swearing in ceremony is always covered widely by the international media. We need this media coverage to counter the biased mass media coverage and remind people of the fraudulent elections.

 

3. Will the MPs who boycott the swearing in lose their seats?

NO. Absolutely not. Article 59 Clause 2 in the Federal Constitution states that there is a 6 month period for a MP to be sworn in before his seat is declared vacant.

 

Parliament Standing Orders also compel the Speaker to help MPs be sworn in as soon as possible should they miss the main ceremony. Basically, they miss one day, and the next time they show up the Speaker will help them to be sworn in.

 

On 11 June 2013, PKR Vice President Surendran clarified the matter:http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pkr-pandikars-threat-unlawful-exposes-blatant-bias

 

4. What will the PR MPs who boycott miss?

They will miss the choosing of the Speaker of the House. However, to choose the Speaker of the House only needs a simple majority, so even if all PR MPs were present, BN who has a simple majority can just go ahead and choose whoever they want anyway.

 

5. Won't BN try to pass all sorts of laws with Pakatan Rakyat MPs absent?

Well, there are certain laws that require a simple majority, while others require a two-thirds majority to pass. This majority is out of the whole parliament.

 

For the laws with a simple majority, BN MPs can pass them anyway, even with Pakatan MPs. For laws with two-thirds majority, BN cannot pass them without Pakatan MPs being present.

 

In any case, new laws take weeks to be brought to Parliament, debated, redrafted, debated and then passed. It is impossible to pass a law from start to finish within a few hours/ one day, so this should not be a concern.

 

6. Has this kind of action been done before?

Yes, in fact this kind of action is standard practice in situations where election results are highly disputed.

 

For example, in 2008 Mongolian MPs boycotted the first session of Parliament because they said the elections were full of fraud. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7521975.stm

 

In 2011, Turkish opposition members also boycotted the swearing in ceremony of Parliament to protest against certain MPs being jailed by Erdogan, who is now facing massive protests.

http://www.euronews.com/2011/06/28/turkish-mps-boycott-swearing-in-of-parliament/

 

There are a lot more examples, here are a few of them:

Sudan: http://www.sudantribune.com/spip.php?article46251 

Ghana: http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-20929592

Fiji: http://www.radioaustralia.net.au/international/2006-05-23/fiji-labour-party-boycotts-cabinet-swearing-in/743768

India: http://zeenews.india.com/news/west-bengal/13-parliamentary-secretaries-sworn-in-amid-opposition-boycott_824873.html

 

7. And in these other countries, the MPs didn't lose their seats or anything?

No, they did not. That is what democracy is about: an MP has a right to boycott the swearing in as part of his freedom of expression. Just like how ordinary citizen have the right to boycott events/ newspapers etc to show his dissatisfaction. They did not lose their seats but gained worldwide media attention, while not bowing down to demands of the government.


#SuaraRakyat505

Saturday, June 8, 2013

PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
9 Jun 2013  

PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

Selepas sidang media #SuaraRakyat505 pada 6 Jun lepas yang menggesa ahli parlimen yang prihatin dengan penipuan pilihanraya dan masa depan demokrasi Malaysia agar memboikot majlis mengangkat sumpah di parlimen yang dijadual berlangsung pada 24 Jun akan datang, maka banyak respon yang diperolehi.

#SuaraRakyat505 ialah gabungan hampir 60 NGO yang diwujudkan untuk mengembalikan maruah rakyat Malaysia yang telah 'dihina' dengan PRU ke 13 yang penuh dengan penipuan dan manipulasi. Semua organisasi yang bergabung atas nama #SuaraRakyat505 menuntut 3 perkara :

1. Pengerusi dan semua anggota Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang bertaraf kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) harus letak jawatan bagi memberi laluan pembentukan SPR baru yang lebih berkredibeliti yang dipilih melalui pendengaran awam dan bertanggungjawab penuh terus dibawah Parlimen Malaysia.

2. Pilihanraya semula dikawasan berjaya ditampilkan di tengah rakyat bukti penipuan tidak kira sebelum itu dimenangi oleh Bn atau PR
 
3. Tribunal Rakyat seperti yang dianjurkan BERSIH harus dilaksanakan dan disokong oleh semua pihak. Satu perlindungan saksi dan wajib hadir harus dilaksanakan.

Pada 25 Mei 2013 di Padang Timur (depan Amcorp Mall), Petaling Jaya tentu ramai tidak melupakan kehadiran lebih 70,000 orang sempena Pelancaran #suararakyat505 dalam Fiesta Rakyat menuntut Demokrasi.

#SuaraRakyat505 juga mengajak rakyat yang prihatin untuk menjadi proaktif agar terlibat sama dalam mengegerak dan menyusun massa rakyat. Maka telah dilancarkan Sukarelawan #SuaraRakyat505 (Rakyat Warriors) dan kami mensasarkan 500,000 keanggotaan menjelang hujung tahun ini. Bagi yang berminat menjadi sukarelawan, terdapat link untuk mengisi butiran secara online - Sila klik di sini. Sejak dibuka 25 Mei lepas sambutan di luar jangkaan, jaringan sukarelawan ini akan menjadi tapak mobilisasi yang kuat.

#SuaraRakyat505 melihat selain dari menyusun tekanan dengan protes massa yang besar namun kesedaran rakyat harus digerakkan menjadi tumpuan utama juga. Justeru itu kami menerbitkan risalah, dvd dan bahan - bahan seumpamanya. Minggu hadapan akan dilancarkan DVD dan Risalah khas untuk edaran seluruh negara menerangkan apa yang dikatakan penipuan PRU ke 13 itu. Ia akan dibuat dalam bentuk paling mudah difahami melalui beberapa siri perbincangan anggota gabungan.

#SuaraRakyat505 memikirkan isu penipuan PRU 13 ini harus terus diangkat dan SPR harus letak jawatan segera. Kini regim bukan sekadar cuba mendiamkan isu ini tetapi sedang merancang lebih jahat lagi. Pindaan undang - undang sedang disusun bagi memperkukuhkan kuasa SPR. Malah pensempadanan semula juga sedang dirancang dengan cuba memaksimakan jumlah kerusi Parlimen khususnya yang menyokong Bn. 

Sudah tentu kerja kerja jahat ini akan ditutup dengan selimut transformasi, pembaharuan seperti mana mereka mengatakan tuntutan BERSIH ditunaikan tetapi lihatlah dakwat dijari pun 5 minit usia hayatnya. Jangan lepas bergaya mengangkat sumpah tetapi menjadi sebahagian dari anggota dewan yang akan hanya mampu melihat undang - undang jahat ini diluluskan begitu sahaja, rakyat akan muak ! Gunakan hak boikot 24 Jun !

Jika ini semua tidak ditahan maka PRU ke 14 ialah kubur yang baik untuk gerakan progresif di Malaysia. Oleh kerana itu kita harus sepakat ia bukan persoalan PRU ke 14 kerana jika dibiarkan PRU ke 14 itu lebih menipu. Persoalan sebenar ialah PRU ke 13, SPR bagi pihak regim menipu dan memanipulasi PRU ke 13, hak rakyat dicuri maka segala kekuatan harus digabungkan untuk merampas semula kemenangan rakyat dalam PRU ke 13. 

Ini bukan soal siapa menang atau kalah, ini soal maruah. 24 Jun dimaklumkan sebagai hari mengangkat sumpah ahli parlimen. Bagaimana mahu diadakan Majlis akad sumpah apabila banyak lagi yang belum selesai dalam proses PRU ke 13 ? 

Maka #SuaraRakyat505 dengan ini menyeru agar tarikh 24 Jun itu diboikot oleh semua yang berani atau berdiri sebagai pejuang rakyat. Tarikh tersebut akan menjadi perhatian dunia. Sedikit pujian buat ahli parlimen yang sudah sedikit berani apabila menyatakan akan memboikot sesi taklimat parlimen. Tetapi ia cuma taklimat ayuh langkah sedikit lagi berani !

Mungkin akan ada yang berdegil atau takut kempunan memakai pakaian rasmi parlimen, kamu boleh angkat sumpah di hari lain tetapi ambil lah peluang untuk tunjukkan keberanian pada 24 Jun itu. Ini juga merupakan ujian buat Pakatan Rakyat sama ada benar ia merupakan organisasi yang sanggup mengambil kata putus dan bersatu bersama rakyat atau sekadar menggunakan nama rakyat bagi mendapat tempat.

Kamu ada banyak masa untuk berkhidmat dan bercakap untuk rakyat, menggubal polisi dan dasar selepas itu tetapi cuma tarikh 24 Jun itu bersatulah wahai semua pejuang yang dipilih rakyat, tunjukkan pada dunia kita masih ada maruah. 

Kita tidak melawan sistem negara raja dan parlimen berperlembagaan ini tetapi atas maruah tanahair dan rakyat kita harus bersatu menyelamatkan masa depan. Kita tidak punya banyak pilihan.

Yakinlah tarikh 24 Jun itu akan menjadi titik penting sejarah dan anda semualah 89 wira yang akan dikenang. Ia peluang terakhir untuk melihat negara mampu punya sebuah kerajaan yang takut dengan rakyat, ia peluang terakhir melihat rakyat benar - benar merdeka.

Rakyat yang bersatu tak mungkin akan dikalahkan !

Inikalilah !!!

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
(SAMM ialah antara gabungan dalam #SuaraRakyat505)

PS: Ini link borang sukarelawan - http://bit.ly/11hj0a7

Thursday, June 6, 2013

SAMM Sahut Himpunan 15 Jun Dengan Gerakan Mobilisasi Besar

Kenyataan Terbuka

6 Jun 2013

SAMM Sahut Himpunan 15 Jun Dengan Gerakan Mobilisasi Besar

Sehingga kenyataan ini ditulis, jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum melepaskan jawatan masing-masing. Perkembangan ini pastinya mengundang perasaan tidak senang majoriti rakyat Malaysia yang mahukan SPR letak jawatan atau dipecat. Ia mencabar kesabaran rakyat.

Sebelum PRU-13, amaran demi amaran telah diajukan kepada SPR supaya pilihanraya dapat berlangsung dengan bersih dan adil. Rakyat telah menunjukkan menifestasi dalam bentuk aksi beberapa himpunan seperti Bersih 2.0, Bersih 3.0 dan aksi KL112, menghimpun ratusan ribu rakyat menuntut supaya demokrasi ditegakkan.

Namun SPR telah mengkhianati peluang yang diberikan setelah rakyat masih memilih pilihanraya sebagai jalan untuk benar-benar meraikan demokrasi sebaliknya demokrasi itu dinafikan. 

Oleh demikian, tiada lagi amaran wajar diperuntukkan kepada SPR yang dibuktikan menjadi alat untuk mengekalkan pemerintah yang ditolak rakyat. Tanggal 5 Mei menjadi hari hitam buat tanahair apabila demokrasi digelapkan dalam pilihanraya yang penuh penipuan, seterusnya merampas kemenangan rakyat. 

Maka lahirlah gerakan #Blackout505, gerakan NGO #SuaraRakyat505 dan beberapa lagi gerakan anak muda serta gerakan aktivis menuntut SPR dihumban dan pilihanraya yang baru mengambil tempat. Gerakan rakyat bertemakan hitam ini juga telah berjaya menghimpun hampir satu juta rakyat dalam belasan himpunan di seluruh negara. Himpunan hitam ini juga bakal memasuki fasa seterusnya apabila Kuala Lumpur menjadi destinasi yang ditunggu-tunggu oleh seluruh tanahair untuk bersatu menghumban SPR dan sekutunya.

Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyambut baik pengumuman beberapa pihak termasuklah dari Pakatan Rakyat, dari Dato' Ambiga yang mewakili BERSIH dan dari Gabungan lebih 50 NGO #SuaraRakyat505 yang telah memilih 15 Jun 2013 sebagai tarikh kemuncak satu lagi perhimpunan raksasa di Kuala Lumpur. SAMM akan menggerakkan seluruh kekuatan mobilisasi ke arah perhimpunan kemuncak #Blackout505 15 Jun.

Padang Merbok yang dipilih sebagai venue terletak di antara Dataran Merdeka dan Parlimen Malaysia, harus menjadi lokasi yang sangat ideal untuk rakyat berhimpun kali ini. Kedudukan Padang Merbok juga memberi signifikasi yang tepat dalam soal rakyat merebut kembali demokrasi yang dicuri oleh penyangak kuasa.

Sepertimana Dataran Merdeka, Padang Merbok merupakan premis yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jika Bersih 3.0 Dataran Merdeka tidak dibenarkan masuk, maka tidak mustahil Padang Merbok juga mendapat tentangan yang sama dari DBKL. Namun yakinlah, rakyat tetap akan hadir berhimpun memenuhi Kuala Lumpur dan percayalah bahawa tiada entiti yang mampu menghalang kuasa rakyat walaupun pemerintah itu sendiri.

Bagi SAMM, jika perhimpunan sebelum PRU-13 sebagai amaran untuk pilihanraya bersih dan adil menyaksikan peserta demo datang dan pulang mengikut waktu yang ditetapkan, maka himpunan pasca PRU-13 seharusnya lebih dari itu. Peserta demonstrasi harus sedia bukan sahaja untuk turun ke jalanraya, malah untuk datang dan tidak pulang selagi SPR tidak letak jawatan atau dipecat, ini harus menjadi tuntutan paling minima pada aksi tersebut. 

Kita berhimpun masih secara aman, bezanya kita terus berhimpun hingga tuntutan rakyat dicapai secara langsung. Biarlah ia mengambil masa samada 24jam atau 48jam, atau sehingga hari parlimen angkat sumpah, kali ini wajar untuk rakyat terus duduk dan bantah.

Akhir sekali, SAMM menyeru kepada semua pihak khususnya media supaya membantu promosi dan kepada semua penggerak agar memperhebatkan mobilisasi bagi memastikan 15 Jun menjadi sejarah baru simbol kekuatan sebenar rakyat. 15 Jun adalah hari di mana rakyat berjuang menuntut hak demokrasi dikembalikan.

Tipu pilihanraya, rakyat turun jalanraya dan perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata!


EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Monday, June 3, 2013

Kematian Dalam Tahanan Kini Melampau, Rakyat Harus Bangkit Turun Ke Jalanraya

Kenyataan Terbuka
3 Jun 2013

Kematian Dalam Tahanan Kini Melampau, Rakyat Harus Bangkit Turun Ke Jalanraya

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua rakyat khususnya anak muda supaya bangkit melawan kezaliman di depan mata. 

Tiga kematian dalam lokap dalam masa 10 hari adalah fakta yang cukup kritikal dan rakyat harus segera bertindak agar tiada lagi kezaliman berlaku terhadap rakyat. Kelmarin seorang bekas jurutera telah mati di bawah jagaan pihak polis menjadikan jumlah sembilan kematian dalam masa tidak sampai 6 bulan. Apakah rakyat masih mahu bersabar?

Bagi SAMM, tiada gunanya lagi kita mendesak perletakkan jawatan kerana kita tahu regim legasi penjajah ini sememangnya tidak bertanggungjawab. Inilah sistem pemerintahan kuku besi yang dipelajari dari penjajah, satu demi satu anak bangsa Malaysia mati di lokap.

Semangat dan mood kemarahan rakyat berada di kemuncak apabila demokrasi milik rakyat digelapkan pada 5 Mei lalu, inilah masa yang sesuai untuk rakyat bangkit dan terus lawan. Rakyat di seluruh negara telah bertekad untuk menukar pemerintah dalam PRU13 lalu namun penipuan pilihanraya telah menghalang hasrat tersebut. 

Maka rakyat tidak punya pilihan selain turun ke jalanraya bagi mengembalikan hak rakyat dengan perkiraan, hanya jalanraya sahaja yang mampu mengubah kerajaan setelah sistem pilihanraya penuh kecurangan. 

Percayalah, kerajaan yang naik dengan cara penipuan pilihanraya tidak akan takut kepada rakyat apatah lagi mendengar keluhan rakyat. Tarikhnya sudah semakin hampir, nantikan dengan penuh persediaan. 


CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

Thursday, May 30, 2013

Solidariti Buat Safwan Anang - Bukit Tengah, P.Pinang Malam Ini

Kepada warga Pulau Pinang Solidariti untuk Safwan akan di adakan malam ini jam 8.30 di tengah tengah bulatan Bukit Tengah bersebelahan kilang Alagapas.... Mohon sebarkan

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan